Boleh dikatakan ganjil dan pelik apabila terdapat dua tempat di negeri Selangor yg amat ketara perbezaannya walaupun jarak kedua-duanya lebih kurang 15km antara satu sama lain.
Keadaan empangan air yg terletak di Sungai Tua, Batu Caves yang menjadi kawasan sumber air bagi kawasan sekitarnya adalah normal seperti kebiasaannya dan tidak pernah mengalami 'kemarau' dan kekeringan air. Malahan, kawasan sekitarnya tidak pernah mengalami sebarang permasalahan seperti di beberapa tempat di Aelangor yang 'kononnya' ditimpa krisis air.
Tetapi lain pula ceritanya apabila baru-baru ini di kawasan Empangan Selangor di Kuala Kubu Bahru yg terletak lebih kurang 15km di utara Empangan Batu di Sungai Tua, Selangor yang mengalami kekeringan tadahan air yang tidak pernah-pernah berlaku sebelum ini telah kehilangan lebih dari 60 kaki kedalaman air.
Namun, syukur kerana air yang melimpah2 cukupnya di Selangor belum lagi gagal untuk membekalkan air kepada rakyat jelata, kerana negeri berkat dan rakyat masih merasai nikmat kekayaan negeri.
Namun, timbul tanda tanya, apakah ini kemarau separa-separa di Selangor, ataupun kerja separuh-separuh oleh tangan-tangan yang berniat songsang hanya untuk menggembar-gemburkan cerita di tv dan akhbar2?
Bukankah Tuhan tidak menyukai orang yang membazir? Apatah lagi membuang dengan sengaja nikmat yang Tuhan berikan dengan tujuan ingin memfitnah? Fikirkanlah dan muhasabah bersama.
